TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN PERUMAHAN DARI BANK

Building Future Partnership

TIPS MUDAH LULUS PINJAMAN PERUMAHAN DARI BANK

Pastinya setiap orang menginginkan sebuah rumah impian sendiri untuk hidup bersama dengan pasangan dan keluarga. Namun adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa kriteria yang akan diambil kira oleh pihak bank sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan daripada mereka? Bagaimana agaknya anda boleh melepasi semua syarat yang bakal dipertimbangkan oleh pihak bank pula? Haaa..anda tak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan tips mudah lulus pinjaman perumahan dari bank kepada anda. Jom baca!

  1. Pastikan pekerjaan anda  berstatus tetap (permanent).

Jika kerja anda berstatus kontrak, pihak bank akan sukar untuk meluluskan pinjaman anda  kecuali untuk anda adalah penjawat awam.

  1. Semak penyata KWSP dan pastikan majikan mencarum tepat masa.

Pihak bank akan menilai kestabilan majikan dan integriti pendapatan anda melalui penyata KWSP anda.

  1. Pastikan gaji yang diterima dalam penyata bank anda sama dengan slip gaji dan dibayar tepat pada masanya.
  1. Bayar cukai pendapatan.

Jangan lari dari isytihar dan bayar cukai terutama jika anda bekerja sendiri.

  1. Bayar semua hutang tepat pada masanya.

Pihak bank tahu rekod bayaran anda melalui laporan CCRIS. Jika laporan CCRIS anda tidak baik, terpaksalah anda ucapkan selamat tinggal kepada rumah impian anda.

  1. Gunakan kad kredit dengan bijak.

Jangan guna kad kredit lebih dari separuh had maksima kerana ini menunjukkan kebergantungan anda kepada kad kredit.

  1. Pastikan baki bank anda tidak susut.

Bank menilai baki bank bulanan anda. Jika boleh, pastikan baki akhir terus meningkat setiap bulan.

  1. Semak laporan CCRIS.

Anda boleh menyemak laporan ini di kiosk bank negara. Dari laporan ni anda akan dapat melihat komitmen dan juga pattern pembayaran anda selama hidup anda.

  1. Buat saringan awal kelayakan dengan jurubank.

Mereka pastinya boleh memberi nasihat kepada anda tentang berapakah harga rumah maksimum yang anda boleh beli berdasarkan pendapatan anda.

  1. Pastikan dokumen sokongan anda lengkap.

Dokumen ini termasuklah salinan kad pengenalan, penyata gaji tiga bulan terkini, penyata bank tiga bulan terkini, penyata KWSP atau borang EA dan dokumen sokongan lain.

Jadi, anda sudah tahu bukan mengenai tips-tips mudah lulus pinjaman perumahan dari bank sebentar tadi? Tunggu apa lagi, anda bolehlah gunakan tips-tips di atas untuk mendapatkan rumah impian anda tak lama lagi. Anda berhajat mahu mencari rumah mengikut bajet anda? Hubungi kami di talian 0182820000 (HQ ORESB Setapak) untuk perkhidmatan Ejen Hartanah yang akan membantu anda untuk mencari rumah impian anda mengikut bajet yang anda mahukan. 

Share
Tiktok