PATUTKAH SEWA ATAU BELI RUMAH?

Building Future Partnership

PATUTKAH SEWA ATAU BELI RUMAH?

Bilakah waktu yang sesuai untuk kita menyewa dan bila pula waktu yang sesuai untuk kita membeli rumah?

Persoalan ini sering menjadi tanda tanya dalam diri kita lebih-lebih lagi generasi Y kini yang kebanyakan dari mereka sedang merancang masa hadapan mereka sendiri. Ada antara mereka yang bertanya adakah mereka patut menyewa atau pun membeli rumah  sendiri?

Apakah kriteria atau panduan yang perlu mereka rujuk supaya mereka tidak tersalah membuat keputusan dalam urusan sewa atau jual beli rumah dan hartanah?

Baiklah, di sini kami sediakan kepada anda beberapa panduan yang anda boleh rujuk sekiranya anda berasa keliru dalam menentukan sama ada nak menyewa atau membeli rumah sendiri.

  1. Bila sesuai sewa?
  • Mula kerja  – Sekiranya anda baru memulakan Langkah anda  membina kerjaya, anda hanya perlu menyewa rumah jika tempat kerja anda jauh dari rumah anda sendiri. Pada masa yang sama, anda perlu tetapkan “mindset” anda dengan menentukan hala tuju hidup anda mungkin dalam 5 tahun ke hadapan, anda sudah tidak perlu menyewa rumah lagi. Ini adalah kerana anda sudah membuat pengiraan pendapatan dan apa yang anda nak capai dalam masa 5 tahun, dan kewangan anda sudah mula stabil.
  • Kewangan belum stabil – Kewangan merupakan isu utama sebenarnya jika anda nak beli sebuah rumah. Namun,jika kewangan anda masih belum mencukupi dan masih belum stabil, anda Cuma perlu menyewa sahaja untuk masa sekarang tetapi pastikan anda telah merancang hala tuju hidup anda 5 tahun ke hadapan.
  • Harga hartanah tinggi – Jika anda dapati harga hartanah di sekitar tempat anda adalah tinggi dan anda masih belum mampu untuk membeli rumah atau hartanah sendiri, anda tak perlu beli hartanah tersebut. Mungkin anda boleh membeli hartanah di tempat lain dengan harga yang lebih rendah berbanding anda beli di tempat anda.
  • Beli hartanah di tempat lain – anda boleh membeli hartanah di tempat lain, namun anda perlu mengkaji dahulu potensi kawasan tersebut sama ada anda boleh sewakan kepada orang lain , kemudahan-kemudahan sedia ada dan sebagainya. Ini adalah penting kerana jika anda menyewa di tempat lain, dan anda sewakan hartanah anda di tempat lain itu akan menjadi pelaburan untuk anda. Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya anda boleh menyimpan sebahagian wang sewa tersebut menjadi tabungan anda untuk beli rumah.
  1. Bila pula sesuai untuk anda membeli rumah?
  • Faham tujuan beli rumah – anda perlu tahu apakah tujuan anda nak beli rumah atau hartanah tersebut sama ada untuk siapa, tinggal dengan siapa atau adakah rumah tersebut untuk pelaburan hartanah anda? Tentukan sebab utama mengapa anda nak beli rumah terlebih dahulu.
  • Pendapatan stabil – Apabila anda sudah ada pendapatan tetap yang stabil, media gaji yang betul, barulah anda boleh mengambil keputusan untuk  membeli rumah anda sendiri. Anda perlu membuat pengiraan gaji anda sama ada ia mencukupi atau sebaliknya. Pastikan pengiraan gaji dengan teliti kerana 30% – 35% daripada gaji sepatutnya adalah untuk pembiayaan rumah.
  • Hartanah yang baik – Anda harus pastikan kawasan hartanah yang anda ingin beli itu adalah kawasan yang betul sama ada kawasan tersebut sedang membangun atau akan membangun. Pastikan juga kawasan tempat tinggal anda itu mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, hospital dan sebagainya.

Akhir kata, anda sendiri yang akan  menentukan sama ada anda perlu menyewa atau membeli rumah sendiri. Ingatlah, pembeli yang bijak akan merancang terlebih dahulu dan membuat kajian dari segala segi dan faktor sebelum membeli sesuatu. Rancanglah hidup anda dengan bijak supaya anda tidak membeli rumah yang salah dan tidak menepati keperluan anda kemudian hari.

Share
Tiktok