Jenis Rumah Kediaman yang Ada di Malaysia
Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak jenis rumah dan kediaman yang wujud di Malaysia. Oleh itu, ayuh kita lihat senarai jenis kediaman yang terdapat di negara kita!
Terdapat beberapa jenis hartanah kediaman di Malaysia sehingga hari ini iaitu termasuklah hartanah biasa seperti banglo, rumah berkembar (semi-D), rumah teres, pangsapuri, kondominium dan sebagainya. Hartanah kediaman ini telah diwujudkan oleh Akta Pembangunan Perumahan (HDA) lebih sedekad lalu dan bertindak sebagai perlindungan bagi kepentingan pembeli hartanah seperti berikut:
- Menyediakan bantuan semasa pertikaian antara pemaju dan pembeli.
- Melindungi pembeli apabila pembangunan ditinggalkan.
- Menetapkan peraturan dan regulasi apabila pemaju boleh mula mengecaj pembeli
- Rumah Agam / Banglo / Banglo Zero-Lot / Rumah Kluster / Villa
Apakah perbezaan antara rumah agam, banglo, villa dan rumah kluster? Pasti ada yang tertanya-tanya kan? Jom kita baca apa maksudnya di bawah :
- Rumah Agam : Tempat tinggal yang lebih besar daripada banglo dengan tanah besar.
- Banglo : Terlihat seperti sebuah rumah agam, namun lebih kecil sedikit dari segi ukuran kaki persegi dan keluasan tanah. Biasanya rumah ini dikelilingi oleh taman.
- Banglo Zero-Lot : Lebih kurang sama dengan banglo, tetapi terletak di atas sebidang tanah yang lebih kecil. Kebiasaannya, rumah-rumah ini terletak di sudut bucu untuk memanfaatkan sepenuhnya tanah yang ada.
- Rumah Kluster : Rumah ini dibina dalam pembentukan yang besar, tetapi secara asasnya dibahagikan kepada empat kelompok.
- Villa : Rumah ini serupa dengan rumah kluster, namun kediaman ini telah diberi nama yang lebih menarik iaitu Villa.Namun begitu, tiada garis panduan yang ditetapkan untuk menentukan bagaimana sebuah vila perlu dibangunkan.
- Rumah Berkembar / Berasingan (Semi-D)
Perbezaan antara rumah berkembar dan rumah berasingan adalah :
- Rumah berkembar : Rumah ini berkongsi dinding bersama dengan rumah sebelah, di mana jika kita lihat rumah ini seperti imej pantulan cermin.
- Rumah berasingan : Rumah ini adalah rumah sebuah dan tidak bersambung/bersebelahan dengan rumah jiran.
- Rumah Teres / Rumah Teres Link / Rumah Teres Superlink Apa pula perbezaan antara rumah teres, rumah teres link dan rumah teres superlink?
Sebenarnya rumah teres, teres link dan teres superlink pada umumnya adalah sama, namun yang membezakan mereka hanyalah satu perkara sahaja iaitu saiz.
- Rumah Teres : Jenis rumah ini adalah yang terkecil di antara ketiga-tiga jenis yang disebutkan tadi di mana saiznya adalah 22 kaki x 75 kaki persegi.
- Rumah teres link : Rumah ini pula adalah lebih besar daripada ukuran rumah teres.
- Rumah superlink : Rumah ini adalah yang terbesar, di mana boleh mencecah sehingga 34 kaki x 80 kaki persegi.
- Rumah Bandar (Townhouse)
Rumah ini pada dasarnya mempunyai dua rumah dalam satu unit kediaman. Dua unit rumah ini akan disusun di atas satu sama lain ataupun bersebelahan dan ianya akan kelihatan seperti satu rumah tunggal dari luar.
- Flat/Pangsapuri
Flat dan pangsapuri atau apartment adalah sejenis rumah bertingkat tinggi di Malaysia. Kedua-dua jenis kediaman ini menawarkan unit bertaraf rendah pada harga yang berpatutan.
- Sebuah flat merupakan sebuah kediaman yang mempunyai lima tingkat bertangga, tanpa pagar dan kawalan, dan mempunyai tempat letak kereta di bahagian luar namun tidak menyediakan kemudahan lain.
- Manakala, pangsapuri adalah kediaman yang dikawal dan berada dalam kawasan pagar, serta mempunyai lebih dari lima tingkat. Ia juga dilengkapi dengan lif dan disambungkan dengan ruang letak kereta di luar. Pangsapuri mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan kawasan landskap.
- Kondominium/ Pangsapuri Perkhidmatan
Secara asasnya, jenis kediaman yang bertingkat ini merupakan kediaman yang bertaraf tinggi di Malaysia, di mana kondominium adalah antara hartanah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia.
Kondominium dan Pangsapuri Perkhidmatan mempunyai sedikit perbezaan antaranya adalah :
- Kondominium mempunyai pelbagai kemudahan, jaminan keselamatan dan tempat letak kereta dalaman atau di bawah tanah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi sebelum pembinaan, ia perlu dibangunkan di kawasan tanah seluas 4,000 meter persegi dan ke atas.
- Pangsapuri Perkhidmatan pula dilengkapi dengan pelabagai kemudahan seperti (housekeeping), perkhidmatan bilik, perkhidmatan bellboy dan sebagainya seperti sebuah hotel.
- SOHO (Small Office Home Office)
- Small Office Home Office (SoHo) kebiasaanya digunakan sebagai pejabat atau rumah. Ianya juga mempunyai status kediaman dan dilindungi oleh HAD.
Kesimpulannya, kita sudah tahu jenis-jenis kediaman yang terdapat di Malaysia. Setiap jenis kediaman mempunyai kriteria tersendiri yang anda boleh pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah kediaman anda. Berurusanlah juga dengan Agensi Hartanah yang diyakini supaya anda tidak menyesal kemudian hari. Semoga artikel ini dapat membantu anda semua untuk membezakan jenis kediaman yang sedia ada di Malaysia. Untuk mencari ejen hartanah yang trusted, anda boleh hubungi kami di talian berikut : 0182820000 (Oriental Real Estate Sdn Bhd) atau terus layari laman web kami di www.oresb.com untuk maklumat lanjut.