5 CARA MUDAH SIMPAN DUIT UNTUK BELI RUMAH IDAMAN

Building Future Partnership

5 CARA MUDAH SIMPAN DUIT UNTUK BELI RUMAH IDAMAN

Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki rumah idaman sendiri. Mahu atau tidak mahu, rumah adalah dalam kategori keperluan hidup kita selain daripada pakaian, makanan dan lain-lain keperluan. Tetapi, ternyata bukan mudah untuk membeli mahupun memiliki sebuah rumah  idaman anda sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda mahu membeli rumah dengan pendapatan serta komitmen yang sedia ada sekarang, kan? Sudah, anda tak perlu pening kepala lagi, anda hanya perlu baca artikel ini dari awal hingga akhir tentang bagaimana cara mudah simpan duit untuk beli rumah idaman anda.

Cara mudah simpan duit untuk beli rumah idaman anda adalah seperti berikut :

  1. Mempunyai pendapatan tetap setiap bulan.

Untuk memiliki rumah idaman, anda perlulah mempunyai pendapatan tetap  setiap bulan. Apa yang anda perlu buat adalah semak status kewangan anda sendiri iaitu berapa baki yang tinggal selepas anda tolak semua komitmen sedia ada kemudian semak berapa baki daripada gaji anda untuk simpanan tabung khas “beli rumah”. Tetapi sekiranya anda tidak tahu bagaimana nak menyemak kelayakan gaji anda sama ada boleh lepas beli rumah tersebut atau tidak, anda boleh merujuk dengan mereka yang pakar antaranya adalah kami di Oriental Real Estate di talian 0182820000. Jangan risau, kami pastinya boleh membantu anda untuk urusan ini!

  1. Tentukan target simpanan anda.

Anda perlu menentukan bilakah anda nak beli rumah tersebut. Contohnya jika anda mahu membeli rumah pada tahun hadapan, tetapkan jumlah simpanan dan berapa lama tempoh yang anda perlukan bagi membeli rumah itu.

  1. Buat senarai perbelanjaan anda.

Anda perlu menyenaraikan setiap perbelanjaan anda pada setiap minggu, bulan dan tahun. Pada masa yang sama, anda juga perlu merekod setiap keluaran duit anda. Oleh itu, dari sini  anda pasti boleh membuat analisis kewangan anda untuk mengetahui apakah keperluan dan kehendak yang anda boleh ketepikan untuk menyimpan duit anda dengan lebih baik lagi. Ini adalah untuk memudahkan anda membuat simpanan bagi membeli rumah idaman anda.

  1. Menambahkan pendapatan sedia ada.

Anda perlu mencuba berusaha untuk menambahkan lagi pendapatan anda. Contohnya, anda boleh membuat pendapatan sampingan dengan cara menceburkan diri anda dalam bisnes atas talian sama ada anda menjadi dropship atau ejen untuk sesuatu produk.Sekiranya anda sudah memiliki bisnes , pastikan bisnes anda telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekurang-kurangnya 2 tahun barulah anda layak untuk membeli rumah idaman anda.

  1. Disiplinkan diri anda.

Sifat ini adalah sangat penting kerana sekiranya anda mempunyai sifat disiplin diri yang tinggi, barulah anda mudah untuk mencapai segala matlamat yang anda telah tetapkan dalam hidup anda termasuklah menyimpan duit untuk membeli rumah idaman anda sendiri. Anda hanya  perlu membezakan antara keperluan dan kehendak. Dahulukan keperluan anda sebelum kehendak.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda boleh buat untuk  menyimpan duit demi membeli rumah idaman anda suatu hari nanti. Namun, kita sendirilah yang perlu menentukan semua itu. Ingatlah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Mungkin ada antara anda yang sedang mencari rumah idaman anda dalam bajet yang berpatutan, carilah kami di Oriental Real Estate, pusat penyelesaian anda untuk mencari hartanah terbaik seluruh Malaysia. Hubungi kami di talian : 0182820000 untuk maklumat lanjut mengenai projek perumahan terbaru 2021 dan hartanah-hartanah lain. Semoga artikel ini dapat membantu anda untuk menyimpan duit untuk membeli hartanah anda sendiri terutamanya untuk golongan anak muda dan mereka yang sudah berimpian ingin membina keluarga sendiri.

Share
Tiktok